Subscribe Us

Ayam/Kambing Panggang dan Sambal

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sini, saya akan perkongsikan cara memerap ayam atau kambing berserta sambal ayam. Kalau korang nak cuba, boleh cuba. Resepi memerap nie diajar oleh ibu saya sendiri.


Bahan-Bahan Memerap Ayam/Kambing:

  1. Ayam (Sayap / Paha)  atau Daging Kambing.
  2. Bawang Merah (Dikisar/Ditumbuk)
  3. Bawang Putih (Dikisar/Ditumbuk)
  4. Cili Kering (Dikisar/Ditumbuk)
  5. Gula Apong (Sarawak) / Gula Merah (Semenanjung)
  6. Secukup Rasa (Ajinamoto)
  7. Serai - Untuk sampu semasa memanggang
  8. Minyak masak (Mana2 jenama pon okay) 


Cara-Cara Memerap Ayam/Kambing:

  1. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kering yang dikisar sehingga halus dan gaulkan sehingga sebati. 
  2. Masukkan Gula Apong/ Merah ke dalam bahan gaulkan tadi dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan ayam atau kambing ke dalam bahan-bahan yang digaul tadi sehingga sebati. 
  4. Setelah itu, masukkan secukup rasa sedikit.
Untuk hidangan yang lebih enak dan rasa yang meresap kedalam daging ayam atau kambing, biarkan bahan perapan kita selama 12 jam hingga 24 jam ke dalam peti sejuk. Saranan saya adalah 24 jam. Siap 24 jam, kita panggang. Untuk bahan sapuan semasa memnaggang seperti di bawah: 

  1. Letak minyak ke dalam bekas (tidak perlu panas).
  2. Masukkan Gula Apong/gula merah kedalam minyak tersebut.
  3. Tumbuk bahagian akar serai. (Jangan sampai hancur) dan masukkan serai yang telah ditumbuk ke dalam minyak dan gula apong / merah taid dan gaulkan. (Tak perlu sebati pon)

Bahan-Bahan untuk Sambal:

  1. Bawang Merah (Dikisar/Ditumbuk)
  2. Bawang Putih (Dikisar/Ditumbuk)
  3. Cili Kering (Dikisar/Ditumbuk) - Secukupnya.. yang suka pedas boleh tambah banyak sikit.
  4. Secukup Rasa (Ajinamoto)
  5. Minyak masak (Mana2 jenama pon okay) 
  6. Cuka 
  7. Air 
  8. Kicap Masin (Untuk pewarna Sahaja dan rasa masim sedikit)
  9. Gula Pasir
Cara-Cara memasak Sambal:

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dengan api yang sederhana. 
  2. Selepas minyak panas, masukkan bawang putih, bawang merah dan cili kering. Gaulkan sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan Cuka sedikit.
  4. Masukkan Air sedikit. dan gula pasir. Masukkan secukup rasa ya. 
  5. Rasa terlebih dahulu (Rasa sambal tu ada masim, manis, pedas dan juga rasa cuka sedikit) sebelum dihidang.
Itu sahaja cara-cara memerap dan membuat sambal ayam panggang. Memang mudah, tetapi ikut hasil tangan kita sendiri yer. 

Sekian terima kasih..

Ini visual dalam video ya:


Post a Comment

0 Comments